Rabu, 27 Januari 2016

Mukhriz mangsa politik Najib – Mahathir

 
Sesiapa sahaja yang membuat kritikan kepada Najib akan dibuang.
 
 
 
mahathir-mukhriz-najib


PUTRAJAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan mangsa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu ditegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pergolakan politik Kedah yang mahukan Mukhriz berundur dari jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Katanya, Najib akan melakukan apa sahaja termasuk menendang keluar individu yang membuat kritikan kepada beliau.

“Ini politik Datuk Seri Najib, siapa yang tegur dia, kena buang,” katanya ringkas kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz berkata, beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya susulan pergolakan politik di negeri itu.

Beliau juga berharap keputusan yang dibuat itu nanti merupakan yang terbaik untuk Kedah dan Malaysia.
Terbaharu, khabar angin mengatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baharu akan dibuat pada Jumaat ini, dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah akan dilantik mengantikan Mukhriz.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: