Isnin, 4 Januari 2016

Kit Siang terdesak dan gila kuasa, kata Bung Mokhtar

 
Pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti tidak mudah tunduk dengan pelawaan Lim Kit Siang itu


bung-mokhtar,lim-it-siang


PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang dianggap terdesak kerana membuat kenyataan bahawa parti itu dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti Melayu itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, kenyataan Kit Siang itu jelas menunjukkan Pakatan Harapan gila kuasa sehingga sanggup mencadangkan sesuatu perkara yang tidak masuk akal.

Bercakap kepada Free Malaysia Today, Bung Mokhtar berkata walaupun ada pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan pemimpin atasan namun, mereka tidak mudah tunduk dengan perlawaan Kit Siang kerana matlamat UMNO hanyalah satu iaitu memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Hasrat DAP untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin UMNO yang tidak sehaluan itu hanyalah harapan yang sia-sia, harapan orang terdesak, memang ada pemimpin UMNO yang tidak sehaluan, tetapi matlamat kita hanya satu iaitu memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat dan negara.

“Saya rasa pemimpin pembangkang ini sudah gila kuasa, sehingga mereka mangharap sesuatu yang tidak masuk akal. Adik beradik ada tidak sehaluan, kadang-kadang suami isteri tidak sehaluan, jadi UMNO ada ahli lebih tiga juta mereka mempunyai pelbagai pendapat,” katanya.

Terdahulu, Kit Siang berkata bahawa DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati dalam usaha menyelamatkan negara daripada ‘rasuah keadilan sosioekonomi dan kegagalan dalam pembinaan bangsa’.

Ahli Palimen Kinabatangan itu menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berjuang atas dasar realiti sebenar bukannya membuat cadangan yang ditidak masuk akal.

Katanya, rakyat patut membuat penilaian parti mana yang layak untuk memimpin mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU)14 akan datang.

Tiada ulasan: