Jumaat, 8 Januari 2016

Kesungguhan Impian Sarawak bantu rakyat dorong anak muda Betong pilih DAP

Betong 20160102 photo
Oleh Syazana Hasanudin


KUCHING : Usaha keras projek Impian Sarawak kendalian DAP di Betong semakin membuahkan hasil apabila masyarakat setempat khasnya golongan muda melihat parti itu sebagai pilihan terbaik masa ini.

Pada bulan lalu saja, kira-kira 30 anak muda etnik Dayak dari enam rumah panjang menjadi ahli DAP Betong dan bergiat aktif menyertai politik, sekaligus membuktikan pelbagai inisiatif  Impian Sarawak ‘melembutkan’ hati rakyat Betong.

Bagi masyarakat setempat, peluang ekonomi untuk orang muda di Betong sangat terhad sekalipun Timbalan Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berasal dari kawasan itu.

Ketua DAP Betong, Gerald Roger Anding berkata sokongan itu berikutan dasar BN sangat bermasalah kerana gabungan parti itu tidak berkongsi hasil lumayan yang dikaut daripada kekayaan sumber semula jadi di Sarawak, dengan rakyat. 

“Hanya pihak berkepentingan termasuklah kroni BN saja mendapat keuntungan, rakyat biasa tak dapat apa-apa dan dibiar terus hidup miskin.

“Nampaknya, anak muda Betong mulai sedar tentang kegagalan BN membela rakyat lantas menyertai DAP bagi membawa perubahan positif kepada kawasan itu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Tiada ulasan: