Selasa, 5 Januari 2016

Kalau Kafa tolak syarat-syarat saya, saya taja Selangor'

SINAR HARIAN


Datuk Vida
 

KETUA Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida akan menaja pasukan lain jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menolak dua syarat yang dikemukannya untuk menaja pasukan itu.

Menurut Vida, dia masih menunggu keputusan rasmi Kafa berhubung perkara itu dan berkata jika Kafa tidak mahu mengikut syarat yang dikemukakannya untuk menaja pasukan itu, dia bersedia untuk menaja pasukan Selangor.

“Secara lisan, mereka setuju. Namun, kalau Kafa tidak mahu ikut syarat-syarat saya... saya pergi ke Selangor.

“Saya pilih Kelantan, sebab mereka tergolong dalam pasukan hebat, tetapi ada pasukan lain yang hebat seperti Selangor, Johor (JDT) dan Kedah. Kalau artis, mereka ini macam artis gred A,” katanya dipetik Utusan Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Vida tetap mahu dua syarat untuk taja Kelantan]

Kafa dijangka memuktamadkan keputusan berhubung penajaan Vida Beauty Sdn Bhd untuk pasukan The Red Warriors (TRW) dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, keputusan tersebut bakal diketahui sebaik presidennya, Tan Sri Annuar Musa kembali daripada mengerjakan umrah, pada 7 Januari ini.

Vida meletakkan dua syarat iaitu Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan didahului dengan Pamoga Qu Puteh TRW sebelum bersedia menaja badan induk bola sepak negeri itu.


Tiada ulasan: