Khamis, 7 Januari 2016

Jangan timbulkan lagi isu bergabung dengan UMNO – Nik Mohd Amar

 
Langkah untuk bergabung itu tidak seharusnya timbul lagi ekoran Majlis Ulama telah membuat keputusan mengenainya


Datuk-Mohd-Amar-Nik-Abdullah


PETALING JAYA: PAS meminta semua pihak agar tidak menimbulkan lagi isu `bergabung’ antara parti itu dengan UMNO.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Ulama kelmarin jelas menunjukkan bahawa parti itu hanya akan menjalinkan kerjasama terhadap perkara-perkara yang melibatkan agama Islam sahaja.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita tidak akan bergabung. Istilah itu betul, istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama.

“Awak boleh bekerjsama dengan orang bukan Islam sekalipun, contohnya kereta rosak tepi jalan kita kerjasama menolak kereta. Itu tidak bermakna kita berkongsi keyakinan. Bagi kami apa yang dikeluarkan Majlis Syura itu sangat jelas, tiada lagi persoalan,” katanya yang dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS buat masa ini kekal sendiri dan hanya membuat hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat.

Katanya, PAS akan datang ke apa-apa majlis anjuran UMNO, tetapi, akan melihat terlebih dahulu majlis yang akan dihadiri itu.

Tiada ulasan: