Isnin, 4 Januari 2016

China Railway dakwa bayar kurang RM2.1 bilion bagi pegangan Bandar Malaysia

THE MALAYSIAN INSIDER

China Railway Group Limited berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar laman web 1MDB, 4 Januari, 2016.China Railway Group Limited berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar laman web 1MDB. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Satu usaha sama syarikat China-Malaysia berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

China Railway Group Limited berkata usaha samanya dengan Iskandar Waterfront Holdings Bhd (IWH) membayar nilai berkenaan dalam satu makluman kepada Bursa Saham Hong Kong hari ini.
1MDB pada 31 Disember mengumumkan urus niaga itu bernilai RM7.41 bilion dan syarikat usaha sama itu sudah membayar deposit 10%.

Satu unit tempatan dalam China Railway Group mempunyai 40% pegangan dalam usaha sama yang berjaya mendapatkan pegangan Bandar Malaysia. Rakan niaga lain ialah IWH, yang dimiliki secara bersama Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd milik kerajaan negeri Johor (40%).

Kenyataan 1MDB minggu lalu menyatakan usaha sama China-Malaysia sebanyak 60% itu ialah “perkongsian tanah” dalam projek pembangunan Bandar Malaysia tetapi tidak dengan jelas menyatakan RM7.41 bilion itu adalah nilai ekuiti dalam syarikat berkenaan.

Pendedahan Bursa Saham Hong Kong menyatakan harga RM5.28 bilion ialah untuk “kepentingan 60% ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd”, syarikat induk bagi projek pembangunan itu China Railway memberitahu bursa berkenaan ia akan membayar RM2.64 bilion.

Dalam dokumen makluman yang dilihat The Malaysian Insider, China Railway berkata ia akan membayar RM2.639 daripada RM5.28 bilion itu.

“Transaksi itu sudah diperiksa dan diluluskan dalam Mesyuarat Syarikat ke-17 daripada Sesi Ketiga Ahli Lembaga Pengarah pada 31 Disember, 2015.

“BMSB mempunyai pemilikan dalam blok penting yang akan dibangunkan di Kuala Lumpur, yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 2,000,000 kaki persegi”, menurut dokumen itu.

Pada 31 Disember, 1MDB berkata penjualan pegangan dalam Bandar Malaysia adalah sebahagian rancangan syarikat untuk mengurangkan hutang RM45 bilion.

Pegangan itu dibeli satu konsortium gabungan IWH dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, (CREC) anak syarikat China Railway Group di Malaysia.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usahama 60:40 antara IWH dan CREC.

Konsortium yang menang bersama dengan para pemegang saham sedia ada akan meneruskan baki komitmen di Bandar Malaysia, yang merangkumi penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur, projek yang menelan belanja RM2.7 bilion keseluruhannya, kata 1MDB.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata Bandar Malaysia Sdn Bhd masih "projek Malaysia" walaupun 24% kepentingannya dimiliki CREC.


Tiada ulasan: