Sabtu, 9 Januari 2016

Chegubard dipanggil mengadap Lembaga Disiplin PKR

 
Walaupun tidak menyatakan secara khusus, ia dipercayai berhubung siri kritikannya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Chegubard_commt


SHAH ALAM: Ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin dipanggil mengadap lembaga displin parti itu pada 11 Januari ini.

“Baru mendapat mesej daripada Lembaga Disiplin PKR memaklumkan yang saya dipanggil untuk hadir ke satu sesi pendengaran dan siasatan di ibu pejabat parti pada jam 3.30 petang, 11 Januari nanti.

Chegubard_commt0“Sekurang-kurangnya suara dan desakan didengar. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada pengerusinya Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi,” katanya menerusi Facebook sebentar tadi.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus sebab beliau dipanggil, ia dipercayai berhubung siri kritikannya terhadap kerajaan Selangor, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Chegubard ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak jawatankuasa tidak menyatakan secara khusus sebab beliau dipanggil.

“Mereka hanya meminta saya untuk hadir dan tidak beritahu sebabnya. Namun saya melihatnya sebagai peluang yang baik untuk memberi penjelasan (tentang perkara yang bakal dibangkitkan),” katanya kepada FMT.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu sebelum ini lantang mengkritik kerajaan Selangor dan Azmin, antaranya berhubung projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menelan belanja RM9.8 juta dan dakwaan penganugerahan dua kawasan pembalakan tanpa tender terbuka.

Tiada ulasan: