Selasa, 5 Januari 2016

Berhenti dan Buang Kerja, VSS, Potong Gaji Oleh Syarikat Oil and Gas Malaysia! Tahun 2016 Lebih Teruk!

BERITA SEMASA


Berhenti dan Buang Kerja, VSS, Potong Gaji Oleh Syarikat Oil and Gas Malaysia! Tahun 2016 Lebih Teruk!





Hari ini harga minyak dunia telah mencatatkan harga serendah $36.76 setong, sehingga menyebabkan nilai matawang ringgit Malaysia kita terus menjunam kepada paras serendah RM4.33 untuk setiap satu Dollar Anmerika. Siapa sangka?

Nilai matawang kita dan harga minyak dunia terperosok kepada paras sebegini rupa?
Ramai yang tidak menyangka harga minyak dunia telah menurun kepada $50 setong secara mendadak. Ramai yang masih tidak boleh menrima hakikat, harga minyak dunia telah pun jatuh melepasi $40 setong.

Dan cakap-cakap pakar minyak dunia dan pakar ekonomi terus meramalkan harga minyak akan terus jatuh kepada paras yang lebih rendah dan rendah lagi.

Krisis Arab Saudi dan Iran menambah kekusutan yang berlkau sekarang ini. Ditambah dengan tambahan lambakan bekalan minyak di pasaran, dengan kemasukan semula Iran dan Libya, menjadikan pasaran harga minyak dunia terus terumbang-ambing.

Setakat yang kita dengar sebelum ini dan sehingga ke hari ini, Petronas tetap dengan pendirian untuk tidak buang kalangan kakitangan dan pekerja Petronas yang ada sekarang ini. Lain pula satu lagi syarikat gergasi minyak dunia, ExxonMobil melalui ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc dikatakan akan memulakan langkah menyertai syarikat oil and gas lain bagi mengurangkan kos operasi syarikat termasuklah ruang pejabat mereka di Menara ExxonMobil (29 Tingkat) sekarang ini yang mereka sewa sekarang ini dengan KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) yang mana kontrak sewa meraka akan berakhir Januari 2017 ini.

Amaran Ketua Eksekutif Bristih Petroleum BP, Bob Dudley?

Dan berita terkini yang Berita Semasa perolehi melalui kenyataan Ketua Eksekutif BP Bob Dudle memberikan amaran yang mana syarikat minyak dunia akan lebih sakit pada tahun 2016 ini.
  • Terus berlaku lambakan minyak di pasaran
  • Pertumbuhan ekonomi China akan terus lembap
  • Amerika Syarikat menarik balik larangan 40 tahun ke atas minyak.
Ditambah, harga minyak dunia walaupun dijangka akan stabil kembali sekitar akhir tahun 2016, tetap masih lagi rendah dan akan terus rendah untuk tempoh masa yang lama.

Bersama-sama ini Berita Semasa sertakan senarai syarikat oil and gas yang terlibat dalam proses untuk potong gaji dan buang pekerja masing-masing untuk setakat data yang diperolehi dan dikumpul sehingga November 2015.

Senarai Syarikat Oil and Gas Antarabangsa : Pengurangan Kos Operasi?

  1. Schlumberger – 9000 orang
  2. Weatherford – 8000
  3. Royal Dutch Shell – 7000
  4. Baker Hughes – 7000
  5. FMC – 2000
  6. Halliburton – 6000
  7. Technip – 6000
  8. Subsea 7 – 2500
  9. National Oilwell Varco – 2400
  10. Statoil – 1500
  11. SBM – 1200
  12. MH Wirth -750
  13. British Petroleum BP – 300
  14. Talisman – 300
  15. Apache – 250
  16. Aker Solution – 200
  17. Chevron – 160

Senarai Syarikat Oil and Gas Malaysia : Pengurangan Kos Operasi?

  1. SBM Malaysia – 200 (jumlah terkini)
  2. TH Heavy Engineering – VSS (melepaskan 1/3 daripada tenaga kerja mereka)
  3. Exxonmobil Malaysia – 320
  4. Petronas Carigali – Potong Gaji melibatkan pekerja dan kakitangan berstatus kontrak
  5. Petrofac-RNZ – 100
  6. Shell Malaysia – 1300 dalam tempoh 2 tahun
  7. MMHE – 2000 (terkini)
  8. Bumi Armada – 155
  9. Technip Malaysia – 600
  10. Ranhill WorleyParson – 120
  11. Murphy Oil – 80
  12. Petrofac PML – 90
  13. Aker Solution – 200 (terkini)


Tiada ulasan: