Ahad, 10 Januari 2016

6,000 hadir Himpunan Jentera Pilihan Raya tanda PAS Selangor bersedia

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA SELANGOR: Jentera PAS Selangor membuktikan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila dianggarkan lebih 6,000 petugas jentera menghadiri Himpunan Jentera Pilihan PAS Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata jumlah itu terus bertambah apabila masih ramai petugas yang hadir masih dalam proses mendaftarkan kehadiran masing-masing.

pas1“Sebenarnya, kami tak menjangkakan kehadiran yang sebegini ramai tetapi nampaknya setakat ini sudah lebih 6,000 yang mendaftar dan terus bertambah sebab ramai lagi yang beratur panjang untuk mendaftarkan diri.

“Jika begini keadaannya, perhimpunan ini seharusnya diadakan di stadium terbuka kerana mampu menampung lebih ramai kehadiran,” katanya pada sidang media selepas perasmian perhimpunan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan, pula berkata jentera pilihan raya PAS tidak boleh berada di dalam keadaan selesa kerana beliau menjangkakan PAS akan menghadapi pertembungan lebih dua penjuru di beberapa kerusi pada PRU-14 nanti.

Perhimpun itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyampaikan ucapan perasminan perhimpunan.

Selain ucapan perasmian Hadi, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan pemimpin PAS negeri, turut diadakan pembentangan kertas kerja pilihan raya oleh PAS negeri.  -NFN-


Tiada ulasan: