Jumaat, 6 November 2015

Pindah keluar jika tidak suka nama Melayu – Jamal

 
Beliau sarankan Ng Sue Lim membawa keluar orang Cina yang tidak suka tinggal di kampung itu ke tempat lain yang telah mengguna nama kampung Cina.


Ng-Sue-Lim-Jamal-Yunos


PETALING JAYA: Masyarakat Cina disaran supaya keluar dari Bagan Nakhoda Omar (BNO) di Sabak Bernam jika tidak suka dengan nama kampung berkenaan.

Saranan itu dibuat Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang ‘bengang’ dengan permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim supaya menukar nama BNO kepada Bagan Nakhoda Chong.

Suee Lim membuat cadangan itu kerana mendakwa hampir keseluruhan penduduk di BNO berbangsa Cina.

Dia berkata, pertukaran nama itu kerana ‘Omar’ mengingatkan penduduk di sana kepada Datuk Seri Noh Omar yang kurang digemari masyarakat Cina.

“Saya menggesa orang-orang Cina di Bagan Nakhoda Omar itu keluar dari sana jika tidak senang dengan nama Melayu.

“Ng Suee Lim sepatutnya membawa keluar semua Cina di sana untuk duduk di tempat yang sudah diberi nama dengan nama Cina. Biarkan penempatan di Bagan Nakhoda Omar itu untuk orang Melayu,” kata Jamal menerusi kenyataan.

Jamal berkata, saranan Suee Lim supaya nama Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama Cina sebagai rasis dan melampau.

“Ini belum lagi memerintah negara, sudah memandai-mandai untuk mencabuli hak-hak orang Melayu. Ayuh anak Melayu kita bangkit menentang fahaman rasis, rakus dan keterlaluan DAP ini.

“Jelas kepada kita jika DAP diberi kuasa nescaya mereka akan menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan mereka,” katanya.

Tiada ulasan: