Isnin, 23 November 2015

Isu Yapeim dan Kes Skandal Yapeim. Jamil Khir Saman Akmal NOW

BERITA SEMASA


Isu Yapeim dan Kes Skandal Yapeim. Jamil Khir Saman Akmal NOW

isu yapeim


Berita Semasa tertarik dengan salah satu persoalan yang dilontar oleh Syed Munawar, hos rancangan landskap yang disiarkan siaran TV1 RTM, yang bagi Berita Semasa tidak disambut dan dibalas dengan jawapan yang meyakinkan.

Apa kata Syed Munawar dalam rancangan landskap yang membincangkan isu Yapeim dan kes skandal Yapeim yang terus menjadi buah mulut muslim di seluruh Malaysia?
  • Syed Munawar : Persoalan supaya dibentangkan segala perbelanjaan yang telah diaudit dan didedah dan dikongsikan kepada umum
  • DG Yapeim : Tidak perlu katanya. Sebab akaun YAPEIM telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara
  • Bentak Berita Semasa dalam hati : Ermmmm….
  • Kemudian DG Yapeim tanya semula kepada hos : Apakah kita tak percaya pada Audit Negara?
  • Jawapan Syed Munawar : Audit ini untuk mengesahkan dari segi undang-undang tetapi belum tentu dari segi moral
Yang orang ramai mula pertikaikan dan persoalkan kredibiliti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia disebaik isu Yepeim ini apabila melibatkan :

 

Isu Yapeim : Persoalan Orang Yang Potong Gaji Untuk Yapeim?

  1. perbelanjaan yang terlampau tinggi
  2. diberikan peruntukan untuk program dan aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan tujuan asal Yapeim
  3. apakah keperluan mendesak Yapeim sehingga perlu “membangunkan program perkahwinan pelajar di Paris” dan dirasmikan oleh menteri?
P/S : Jikalau dipihak Berita Semasa sendiri, ada kemungkinan bertindak menghentikan potongan gaji untuk diberikan kepada Yapeim. Masih banyak lagi saluran yang boleh dilakukan untuk membantu ummah Islam daripada segi ekonomi. Lebih puas apabila nampak dengan mata kepala sendiri bantuan sampai ke tangan si penerima yang “benar-benar memerlukan” untuk tujuan yang benar-benar konkrit

PP/S : Semasa belajar di UK dulu. Dulu…..banyak sangat kelas agama yang diadakan di Malaysia Hall. Ustaz pun ada untuk memberikan nasihat dan panduan mereka kepada adik-adik pelajar semasa berkelana di sana. Setakat kursus kahwin, bila-bila masa sahaja boleh diadakan. Lagipun, di Paris hanya ada 100+ pelajar sahaja. Terdesak sangatkah untuk dibelanjakan setengah juta ringgit Malaysia di Paris?

Tiada ulasan: