Sabtu, 7 November 2015

APAKAH MASALAH UMNO SELESAI DENGAN MENDAKWA MAHATHIR DI MAHKAMAH?

shahbudindotcom

 

 
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu.

Serentak dengan itu, beliau mahukan ahli di peringkat akar umbi mendukung segala usaha yang sedang dilakukan oleh pucuk pimpinan  UMNO bagi tujuan itu.

Atas dasar itu, kami menjelaskan kepada pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah tersebut, katanya di Alor Setar hari ini.

Walaupun Zahid tidak menyebut masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO, tetapi semua orang memahami masalah utama UMNO sekarang ialah berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan hal-hal yang melingkari kepimpinan Najib sendiri.

Ia kemudian berkait pula dengan kedudukan Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan empat pemimpin lain yang dikenali "Kumpulan 7" sama ada bakal dipecat, digantung atau sebagainya daripada UMNO dalam waktu yang terdekat ini.

Selain itu, ia juga melibatkan Tun Mahathir yang turut sedang disiasat polis dan keputusan sama ada akan diambil tindakan atau sebaliknya akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Itulah sebenarnya masalah-masalah utama yang sedang dihadapi UMNO. Dan semuanya, jika dihalusi tidak lain hanyalah berpunca daripada satu orang saja iaitu Najib sendiri yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
 
 
 
 
Jika Zahid mengatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan semua masalah itu dan mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti di peringkat negeri, bahagian serta akar umbi,  apakah tindakan penyelesaian yang dalam perancangan itu?

Apakah memecat atau menggantung keahlian "Kumpulan 7" dapat menyelesaikan masalah parti?

Apakah juga memecat atau menggantung kedudukan Muhyiddin Yassin yang kemudian menyebabkan haknya terbatal untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 9 Disember depan mampu menguatkan dan menyelesaikan masalah parti?

Apakah dengan mengambil tindakan yang sama kepada dua pemimpin UMNO yang sedang berada di hieraki pusat iaitu Muhyiddin dan Shafie Apdal dengan tujuan yang jelas untuk menghalang mereka muncul dan berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO pada 12 Disember, dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi UMNO?

Apakah juga dengan mengambil tindakan berkaitan pertuduhan fitnah keatas Tun Mahathir, sebagaimana yang diakui oleh pihak polis bahawa kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara kira-kira dua minggu lagi, merupakan pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah UMNO?

Tidakkah dengan Anwar Ibrahim sendiri yang pernah bermusuh dengan Tun Mahathir turut menyatakan kebimbangannya mengenai perkara itu menunjukkan sesiapa pun hakikatnya tidak dapat menerima layanan sebegitu rupa yang cuba dihadapkan kepada bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa itu?

Tun Mahathir ketika berkuasa pun, turut diserang dengan pelbagai dakwaan yang antaranya oleh dua bekas Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Alhal dan Tun Hussein Onn, tetapi adakah tindakan beliau sampai ke peringkat seperti apa yang dilakukan oleh Najib ini?

Sementara Zahid kini sedang menjelajah ke negeri-negeri untuk mendapatkan sokongan terhadap apa juga tindakan yang bakal diambil oleh kepimpinan UMNO pusat, tetapi siapakah yang sebenarnya cuba diselamatkannya?

Tindakan jangka pendek dalam bentuk apa pun barangkali boleh diambil untuk menyelamatkan kedudukan Najib, tetapi apakah ia mampu menambah kekuatan jangka panjang kepada UMNO dan memberi bayangan harapan lebih baik kepada masa depan negara?
 
 
 
 
Begitu juga dengan tindakan Zahid yang cuba "menjadi hero" dengan mengatakan beliau sedang memerhati satu satu siapa Ahli Parlimen BN yang cuba bersama dengan pembangkang untuk menolak bajet 2016 nanti, apakah begitu sikap yang wajar bagi seseorang pemimpin?

Perlukah ungkapan atau gambaran berupa amaran sesuai dilakukannya dalam keadaan sekarang?

Pernahkah kita ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang gayanya sebegitu rupa sebelum ini?

Akhirnya, siapa sebenarnya yang sedang Zahid cuba selamatkan? Najib, UMNO,  negara atau dirinya? 


1 ulasan:

Ibu.Karina Safah berkata...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih.