MALAYSIAKINI
Polis sedang memburu empat suspek yang dirakam oleh kamera kerana
melakukan rompakan di sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil di
Sagil, Johor.
Seorang
jurucakap polis mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
mengenai rompakan itu kini tersebar meluas di media sosial, sebagai asli
dan polis sedang menggiatkan usaha untuk menangkap dalangnya.
Permulaan video itu menunjukkan salah seorang suspek masuk ke dalam
kedai, dan meninggalkan satu botol di atas kaunter sebelum beredar.
Kemudian, suspek itu memasuki semula kedai itu, kemudiannya keluar dan masuk semula, kali ketiga diikuti tiga lagi rakannya.
Dua
daripada suspek bersenjata apabila dilihat muncul bersama sama ada
batang tebu atau buluh, yang mana kemudiannya mereka menggunakan untuk
mengugut pasangan warga emas yang mengusahakan kedai tersebut.
Mereka juga dirakam menyerang seorang lelaki tua dengan batang tersebut sebelum mengarah-arah lelaki berkenaan.
Semasa serangan itu berlaku, salah seorang suspek kelihatan sedang mengosongkan peti wang tunai.
Malaysiakini sedang menunggu maklum balas lebih lanjut kes tersebut daripada respon pertanyaan kepada polis.
VIDEO l 1.35 min
Tiada ulasan:
Catat Ulasan