Rabu, 22 Julai 2015

Tun M berlakon filem

 
Tun M muncul dalam lima babak dalam filem berjudul Kapsul yang bakal ditayangkan pada 17 September depan.


mahathir_kapsul_600



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi bintang filem apabila beliau bakal muncul dalam lima babak menerusi filem berjudul `Kapsul’.

Filem tersebut yang akan ditayangkan di pawangam-pawagam seluruh negara pada 17 September depan akan menggandingkan bekas Perdana Menteri Keempat itu dengan pelakon utama Faizal Hussein.

Penerbit filem berkenaan, Amru Najmi Osman berkata, penampilan Dr Mahathir dalam filem itu tiada kaitan dengan keadaan politik semasa.

Katanya, kemunculan bekas pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu melengkapkan jalan cerita filem tersebut.

“Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Menurut Amru lagi, Dr Mahathir bersetuju membintangi filem itu disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem tersebut diterbitkan menerusi syarikat produksi Two Tones Sdn. Bhd.

Filem yang menjalani penggambaran pada tahun lepas itu adalah hasil intepretasi Allahyarham Martis Mohd Ali.

Jalan cerita filem tersebut adalah mengesahkan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat mengenai amanat Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Dalam filem itu, Dr. Mahathir terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon Faizal Hussein

Tiada ulasan: