Rabu, 22 Julai 2015

Tony Pua hanya perlu mengaku atau nafi jumpa Justo

 
Tindakan Tony Pua mencabar balik wakil rakyat BN tidak mengambarkan integritinya sebagai seorang Ahli Parlimen.


sharir-abdul-samad_tony-pua_600



KUALA LUMPUR: Tan Sri Sharir Abdul Samad mempersoal tindakan Tony Pua yang mencabar kembali Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menamakan dirinya bertemu dengan bekas Eksekutif Petrosaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, tindakan tersebut adalah seperti ‘budak-budak’ dan langsung tidak menggambarkan integriti sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Cabar mencabar ni cerita budak-budak, kalau orang kata saya jumpa Arul, saya cakaplah, apa salahnya saya jumpa Arul, kalau tak jumpa, cakap tak jumpa, ini cabar pula suruh cakap, cakap jelah bukan saya yang jumpa, apa pasal yang perlu jadi macam budak-budak?

“Kalau saya yang jumpa Justo, saya akan cakap. Saya akan mengaku seperti saya pergi jumpa Arul, orang kata pengerusi BNBBC pergi jumpa Arul, apa pula konspirasi dia kan, jadi sebagai ahli parlimen kena ada integriti, kalau buat sesuatu, dan akhirnya kalau orang akan tahu, orang akan tahu juga,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya beliau sebagai Ahli Parlimen pembangkang bertemu dengan Justo yang dikatakan banyak menyimpan rahsia kerajaan.

Namun masih menjadi tanda tanya apabila Tony Pua tidak menafikan perkara tersebut sehingga hari ini.

Katanya, tindakan Tony Pua yang juga merupakan ahli PAC turut dipersoal integritinya apabila menentang menentang keras isu 1MDB.

“Saya awal-awal dah minta Tony Pua untuk mengecualikan dirinya daripada PAC, saya menggunakan bahasa lembut, seperti dia mengetahui lebih banyak tentang tuduhan terhadap 1MDB, bila saya gunakan bahasa tu bermakna itu bahasa yang berlapik lah.

“Integriti dia sebagai ahli parlimen DAP, ahli parlimen pembangkang, memang nak cari kesalahan, nak cari bukti, kita faham, tapi bila dia duduk sebagai ahli PAC, kita akan persoalkan integriti dia, kerana ia akan melibatkan integriti PAC,” jelasnya.

Tiada ulasan: