Ahad, 12 Julai 2015

TMJ letak jawatan sebagai Presiden PBNJ

TMJ
Tunku Ismail
 
 
TUNKU Ismail Ibni Sultan Ibrahim, mengisytiharkan beliau meletak jawatan  sebagai Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) jam 5 petang tadi.
 
Serentak dengan peletakan jawatan itu, Tunku Ismail berkata, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail  Karim dilantik menjadi Presiden PBNJ yang baharu.
 
“Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.
 
“Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor,” kata Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Tunku Ismail telah  membuat perubahan besar terhadap bola sepak Johor ke arah yang lebih profesional sejak memegang jawatan tersebut.
 
 

Tiada ulasan: