Sabtu, 25 Julai 2015

Tiga sebab KDN gantung The Edge

 
Ketua Setiausaha KDN menjelaskan pengantungan akhbar berkenaan dibuat selepas meneliti pelbagai aspek


KDN-the-edge



PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN)menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian ‘The Edge’ dan ‘The Edge Financial Daily’.

Dalam kenyataannya, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim menjelaskan tindakan itu dibuat berdasarkan tajuk serta cara pelaporan mengenai 1MDB, sumber makumat yang diragukkan dan proses siasatan yang sedang dilakukan ke atas syarikat berkenaan.

Atas alasan berkenaan akhbar itu akan digantung untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Jelas Alwi lagi, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya meneliti laporan yang disiarkan selain surat tunjuk sebab yang diberikan sebelum ini.

“Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara,” katanya.

Tiada ulasan: