MALAYSIAKINI
Berdepan dengan penggantungan penerbitan selama tiga bulan, Ketua
Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat tetap dengan
pendirian penerbitan itu dan enggan meminta maaf.
"Kami tidak akan meminta maaf kerana kami tidak melakukan sebarang
kesalahan. Kami tetap dengan apa yang kami terbitkan," katanya kepada
media di Petaling Jaya hari ini.
Sebelum itu beliau menghadiri pertemuan dengan kakitangan syarikat berkenaan.
Menurut Ho, tiada satu pun rencana disiarkan dalam penerbitan itu
dicabar atau ada sesiapa yang tampil memberitahu bahawa apa yang
disiarkan itu salah.
"Tiada sesiapa pun," katanya.
Pertemuan itu dilihat berlangsung dengan mesra dan kakitangan syarikat
penerbitan berkenaan bertepuk tangan serta bersorak selepas sidang media
berakhir.
Hari ini Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan supaya The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly digantung penerbitannya selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan