MALAYSIAKINI
The Edge sedia mempertahankan artikelnya berhubung firma pelaburan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah walaupun ia masih belum
disaman.
"Kami bersedia ke mahkamah untuk mempertahankan apa yang kami siarkan,
tetapi sehingga sekarang tiada seorang pun yang mengheret kami ke
mahkamah.
"Kami mempertahankan apa yang kami siarkan. Kami mahu mengulangi apa
yang kami katakan sebelum ini dan bahawa kami berdiri teguh dengan semua
artikel yang kami siarkan berkaitan Jho Low dan 1MDB," kata akhbar
kewangan itu dalam nota editorial hari ini.
Nota tersebut turut disertai cerita mengenai kenyataan 1MDB semalam,
yang menyelar The Edge kerana didakwa 'laporan yang tidak
bertanggungjawab.
Semalam The Edge Financial Daily menyiarkan pendedahan secara
terperinci dalam empat muka surat yang mendakwa bahawa Jho Low dan
PetroSaudi International menyalurkan RM1.83 bilion daripada 1MDB melalui
syarikat kerjasama 1MDB-PetroSaudi.
Sementara 1MDB menafikan dakwaan yang dibuat dalam laporan tersebut sebafai tidak berasas dan dakwaan yang dikitar semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan