Selasa, 21 Julai 2015

The Edge: Laporan kami dedah penipuan pada rakyat

MALAYSIAKINI


 


Laporan terbaru The Edge Financial Daily berkaitan 1MDB hari ini menafikan dakwaan bahawa ia sebahagian daripada konspirasi politik, dan sebaliknya menceritakan dakwaan rancangan oleh hartawan Jho Low dan PetroSaudi International (PSI) untuk mencuri berbilion ringgit dari Malaysia.

"Kami mempunyai tanggungjawab untuk mencari dan melaporkan kebenaran. Laporan kami mengenai 1MDB telah mendedahkan bagaimana sekumpulan individu - rakyat Malaysia dan orang asing - merancang penipuan berbilion ringgit terhadap rakyat Malaysia.

"Bagaimana boleh tugas yang telah kita lakukan dianggap sebagai konspirasi politik?" soal The Edge dalam nota penerbit bersama dengan laporan itu.

Akhbar perniagaan itu dalam pendedahan empat muka surat mendakwa Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, telah bekerja dengan PSI untuk menyalurkan sekurang-kurangnya AS$ 1.83 blion dalam bentuk wang tunai daripada 1MDB, melalui syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi Limited.




Tiada ulasan: