MALAYSIAKINI
Sarawak Report akan membuat laporan polis terhadap Menteri Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan
bekas wartawan Lester Melanyi kerana fitnah jenayah.
Dalam kenyataannya, laman pemberi maklumat juga akan menyaman Abdul
Rahman, New Straits Times dan pihak lain yang difikirkannya telah
memfitnah Sarawak Report.
Sarawak Report juga sedang berunding dengan peguam untuk melaporkan
Rahman kepada polis Malaysia dan juga mengeluarkan prosiding fitnah
terhadapnya dan pihak lain.
Ia termasuk New Straits Times dan penerbitan lain, yang didakwa sengaja
mempromosi kesalahan yang direka bagi merosakkan kredibiliti laman web
berkenaan.
Laman web itu juga akan membuat laporan fitnah jenayah oleh Lester
kepada polis dan memberi amaran kepada beliau dan sesiapa sahaja yang
terus mempromosi cerita itu pada masa kini dan akan datang.
Tindakan undang-undang itu dibuat susulan sokongan Rahman terhadap
pengakuan Lester berkaitan dakwaan plot oleh Sarawak Report untuk
memalsukan bukti terhadap 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan