MALAYSIAKINI
Ketua Pengarang Sarawak, Clare Rewcastle Brown telah mencabar pengkritik
yang mendakwa dia menggunakan dokumen yang diubahsuai untuk artikelnya
supaya menunjukkan bukti, sama seperti yang dilakukannya dalam respons
kepada "pengakuan" seorang bekas wartawan.
Rewcastle memberitahu Malaysiakini bahawa dia terus menyiarkan emel
antara beliau dan bekas wartawan Lester Melanyi, selepas Lester
menuduhnya mengakui "memalsukan" dokumen dalam komunikasi emel mereka.
Katanya, apabila Lester bermain dengan satu emel yang telah dihantarnya, beliau segera menyiarkan versi yang betul.
"Mengapa PetroSaudi tidak boleh buat demikian?" tanya beliau.
Rewcastle merujuk kepada dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa beliau
telah menggunakan dokumen-dokumen yang telah "diubahsuai" dari
PetroSaudi International Ltd (PSI) untuk artikelnya yang kritikal
terhadap 1MDB.
Ini berikutan penangkapan bekas pengarah PSI Xavier Andre Justo oleh
polis Thailand kerana didakwa cuba memeras ugut bekas majikan dengan
ancaman untuk mendedahkan dokumen sulit syarikat itu.
Setakat ini, tiada pihak lain - 1MDB, PSI, pihak berkuasa Malaysia dan
Thailand - telah memperincikan apa yang sebenarnya yang dikatakan telah
diubahsuai.
Rewcastle berkata jika apa yang ditulis Sarawak Report adalah tidak
benar, pihak-pihak yang berkenaan sepatutnya mengemukakan bukti seperti
yang dilakukannya terhadap Lester.
"Jika itu semuanya sama sekali tidak benar, bagaimana pula PSI tidak
tampil segera dengan 1MDB, Jho Low dan semua yang lain untuk
menyangkalnya dengan bukti mereka sendiri?" soalnya.
Beliau berkata adalah aneh bahawa polis Thai kini mengambil haluan yang
sama mengenai dakwaan pengubahsuaian tersebut, selepas mengadakan
pertemuan dengan satu delegasi diplomat Malaysia pada hari Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan