Sabtu, 11 Julai 2015

Rosmah akui akaun peribadinya disiasat

 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, beliau menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1MDB seperti yang didedahkan Sarawak Report


najib-rosmah



PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui akaun bank peribadinya kini disiasat oleh Pasukan Petugas Khas berhubung dana 1MDB.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Norhairan Mohd Noor, beliau menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didedahkan Sarawak Report.

Ia juga menjelaskan akaun yang didakwa itu telah dibuka sejak 1984,sewaktu Rosmah bekerja dengan Island & Penisular Sdn Bhd (sekarang ini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd.

“Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

“Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya,” petik kenyataan itu

Menurut kenyataan itu lagi , kesimpulan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap anak guamnya adalah serius, berniat jahat dan tidak berasas.

Berikutan tuduhan itu, ia meminta Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan kerana terdapat kebocoran maklumat akaun yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

“Perlindungan kepada maklumat dan kerahsiaan dan sekatan menyiasat secara khusus mengenai hal ehwal pelanggan tertentu juga diperuntukkan di bawah Akta yang sama.

“Dalam satu pelanggaran jelas fungsi Bank dan memandangkan profil klien saya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Adalah diharapkan bahawa BNM untuk segera dan / atau dalam masa 72 jam menjalankan siasatan dan mencari penemuan berkenaan pendedahan yang tidak dibenarkan serangan ke atas sebahagian daripada kata-kata Bank,” katanya.

Pada Khamis Sarawak Report membuat dakwaan terhadap Rosmah berasaskan maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Ia mendakwa RM2,000,000 dimasukkan ke dua akaun secara berperingkat-peringkat.

Tiada ulasan: