Rabu, 22 Julai 2015

Ramesh Rao, Lester Melanyi bakal buat pendedahan baru

 
Satu sidang media khas akan diadakan pada Sabtu ini untuk membuktikan penipuan Sarawak Report terhadap 1MDB dan Perdana Menteri.


ramesh-rao_Lester_600



PETALING JAYA: Ramesh Rao Krishnan Naidu akan mengadakan sidang media khas pada Sabtu ini bersama Lester Melanyi bagi membongkar penipuan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ramesh, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP) berkata, peluang itu juga akan diguna untuk menjelaskan dengan lebih lanjut pendedahan yang dibuat Melanyi sebelum ini.

“Satu sidang media akan diadakan Sabtu ini. Lester Melanyi akan berada di Kuala Lumpur minggu hadapan.

“Kita biarkan siasatan lanjut yang sedang dilakukan oleh polis mengenai dakwaan Lester yang sebelum ini mendakwa berjumpa dengan warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang ketika ini disiasat polis Thailand berhubung dakwaan ugutan,” katanya dalam satu sidang media.

Katanya, sidang media itu juga akan mendedahkan lebih terperinci mengenai pertemuan antara Lester dengan Justo.

“Kita tidak boleh tunggu lagi, pendedahan ini bagi memberikan bukti yang kukuh bahawa memang ada bukti penglibatan pembangkang dalam konspirasi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya lagi.

Ramesh Rao berkata, dua bahagian video lagi akan dikeluarkan pada masa sesuai yang kemungkinan besar pada minggu hadapan.

Dalam pendedahan baru-baru ini menerusi video terkini berdurasi enam minit, Lester Melanyi mendakwa menemui Justo yang ketika ini disiasat polis Thailand berhubung dakwaan ugutan.

Katanya, dia bertemu Justo di London “dua atau tiga kali” pada 2012 dan 2013 dan percaya bekas Eksekutif PetroSaudi tidak mengubah sebarang dokumen yang didakwa dicuri daripada bekas majikannya.

Bagaimanapun, dia mendakwa Justo menemui pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan menyerahkan hanya 10 peratus dokumen yang diperolehnya.

“Baki 90 peratus lagi direka rakyat Malaysia, pembangkang. Dia tidak mengusiknya. Pereka web di London memang mahir. Jika anda meminda menghasilkan wang, ia dapat dilakukan dan kelihatan asli,” kata Lester.

Katanya, pereka web yang memalsukan dokumen untuk misi Sarawak Report itu bagi meletakkan kesalahan jenayah pada Perdana Menteri.

Lester berkata, Justo seorang lelaki yang mudah disenangi dan dia tidak percaya warga asing itu melakukan jenayah sedemikian, juga tidak mungkin Rewcastle-Brown membayar Justo untuk membocorkan maklumatkan kepadanya.

Tiada ulasan: