Selasa, 21 Julai 2015

Rahman Dahlan pertahan tindakan SKMM sekat akses Sarawak Report

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
TUARAN: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan Putrajaya menyekat akses kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report, mengatakan kerajaan tidak bertolak ansur dengan "pembohongan terang-terangan".
 
Katanya, langkah itu dibuat bagi menunjukkan kerajaan tidak membiarkan laporan yang tidak bertanggungjawab oleh mana-mana laman web atau blog.
 
"Keputusan menyekat Sarawak Report ialah tanggungjawab kerajaan. Tiada kerajaan dalam dunia ini yang akan membenarkan pembohongan yang begitu terang-terangan dan portal berita yang kontroversi beroperasi di dalam negara.
 
"Kita juga tahu Sarawak Report mungkin boleh menggunakan cara lain untuk menyiarkan pembohongan ganas mereka ke Malaysia. Tetapi kita perlu membuat pendirian. Sebagai kerajaan kita mesti membuat pendirian," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitrinya di Tuaran, Sabah hari ini.
 
Semalam, SKMM menyekat laman Sarawak Report dengan alasan menjaga kestabilan negara.
 
Langkah itu dikecam rakyat Malaysia dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Putrajaya membuat silap besar manakala Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa ia hanya akan mencemarkan kredibiliti Datuk Seri Najib Razak.
 
Laman berpengkalan di London itu mendedahkan maklumat mengenai 1MDB yang pihak berkuasa Malaysia menganggap pendedahan itu sudah diubah suai.
 
Sarawak Report dan warga Switzerland Xavier Andre Justo yang ditahan di Thailand kerana membocorkan maklumat menafikan mengubah suai dokumen itu.
 
Rahman yang dipetik The Malaysian Insider berkata kerajaan perlu menetapkan pendiriannya dan tidak berkompromi dalam isu ini.
 
“Apabila sesebuah laman dianggap menggunakan dokumen yang diubah atau dipalsukan, kerajaan perlu menyatakan pendirian dan pendirian itu sangat jelas, kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang laman sesawang, blog berita yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan dokumen diubah suai seperti disahkan pihak berkuasa Thai.
 
“Sama ada mereka boleh menembusi sistem dan masih mengaitkan Malaysia, itu masalah mereka. Tetapi sekurang-kurangnya kerajaan menetapkan pendirian,” katanya.
 
Ditanya sama ada ia cara kerajaan melindungi kesalahan, Rahman berkata portal berita masih melaporkan “penipuan dan artikel yang direka” dari Sarawak Report.
 
 

Tiada ulasan: