Rabu, 22 Julai 2015

Rafizi, Tony Pua disenarai hitam, tidak dibenar keluar negara

 
Rafizi tidak menolak kemungkinan akan ditahan polis bersama Tony Pua ekoran pendedahan video Lester Melanyi.


rafizi,-tony-pua



PETALING JAYA: Rafizi Ramli dan Tony Pua dihalang daripada meninggalkan negara ini dipercayai ada kaitan dengan siri pendedahan 1MDB oleh Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ).

Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, tidak menolak kemungkinan akan ditahan polis bersama-sama dengan Tony Pua berdasarkan fitnah yang disebarkan melalui video Lester Melanyi.

“Saya baru sahaja dimaklumkan tentang halangan meninggalkan negara yang dikenakan Tony Pua atas penglibatannya mendedahkan skandal 1MDB.

“Susulan itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Saudara Tony Pua.

“Saya syak turut disenarai hitam dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan turut mendakwa video yang disebarkan oleh Lester Melanyi adalah konspirasi jahat untuk menutup mulut beliau, Tony Pua, Sarawak Report dan The Edge.

“Daripada hari pertama perkara ini disebarkan, saya telah menyatakan bahawa tuduhan itu adalah sebahagian dari konspirasi jahat untuk menutup mulut kami,” katanya.

Tiada ulasan: