Isnin, 20 Julai 2015

Papagomo: Saya tak akan lari macam Alvin

MALAYSIAKINI


 


Penulis blog kontroversi Papagomo, yang ketika ini berada dalam jaminan polis berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat, menegaskan bahawa beliau akan menunggu polis menyiasat daripada melarikan diri ke luar negara seperti penulis blog seks terkenal Alvin Tan.

"Saya seorang warganegara Malaysia, saya tidak akan lari ke mana-mana sahaja. Saya bukan Alvin Tan, lari ke sana sini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tan meninggalkan negara ini selepas dituduh tiga kesalahan berhubung posting dalam Facebook yang menunjukkan beliau dan pasangannya Vivian Lee makan sup daging babi (bah kut teh) dengan kata-kata 'Selamat Berbuka Puasa' di bulan puasa pada 2013.

Tan dan Lee juga memuat naik gambar lucah mereka.

Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, ditangkap pada awal pagi Rabu selepas posting beliau di internet kononnya didorong sentimen perkauman yang membawa kepada rusuhan di luar kompleks beli-belah IT yang popular di Kuala Lumpur.


Tiada ulasan: