MALAYSIAKINI
Sejak tersebarnya dakwaan sebanyak RM2 juta telah didepositkan ke dalam
akaun bank isteri kepada perdana menteri Rosmah Mansor, maka menjadi
tanggungjawab mereka berdua mengisytiharkan harta dengan segera, kata
Ketua Eksekutif NGO C4 Cynthia Gabriel.
“Ini adalah salah satu jalan terakhir yang tinggal untuk Najib
mengembalikan kredibiliti dan kepercayaan orang ramai yang semakin
menyusut," katanya dalam satu kenyataan.
“Daripada bercakap soal integriti penjawat awam atau memetik fatwa agama
untuk menyelamatkan imej yang telah buruk penting bagi Najib, Rosmah
dan ahli keluarganya mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan
memaklumkan butiran perbankan mereka memandangkan ia kini bawah
penelitian yang serius,” katanya lagi.
Cynthia berkata Najib mesti mengambil peluang untuk membuktikan beliau
tidak bersalah dengan menunjukkan senarai asetnya dalam bentuk harta dan
bukan kewangan, kepada rakyat Malaysia berbanding membangkitkan bahawa
ia sabotaj politik oleh musuhnya terhadap peribadi dan kredibilitinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan