Isnin, 27 Julai 2015

Nazir jumpa Najib bincang isu The Edge tapi enggan dedah

 
Beliau akui berjumpa secara peribadi tentang tindakan kerajaan tetapi enggan dedahkan butiran kepada media

.
naazir,najib


PUTRAJAYA: Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata beliau ada berbincang dengan abangnya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tindakan kerajaan menggantung penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan.

Bagaimanapun, Pengerusi CIMB itu berkata, beliau tidak akan memberitahu maklumat perbincangan secara peribadi dengan Perdana Menteri kepada media

“Saya ada berbincang dengan abang saya mengenainya (gantung The Edge) tetapi tidak akan memberitahunya kepada media,” katanya.

Sebelum ini, Nazir menerusi akaun Instagram memberi komen akhbar The Edge berperanan penting dan menjadi tunjang kepada ahli perniagaan kerana menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan.

Beliau membuat komen itu selepas kerajaan menggantung penerbitan The Edge selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Mengulas komennya di Intasgram itu, Nazir berkata kenyataan itu tidak bermaksud beliau cuba mempertahankan pihak-pihak tertentu.

Katanya, beliau hanya mempertahankan kebebasan memberi pendapat dan kebebasan bersuara.

“Ia bukanlah untuk membela sesiapa tetapi ia dibuat atas dasar prinsip kebebasan media,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka mentan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Puspanitapuri pada Ahad.

Tiada ulasan: