Isnin, 13 Julai 2015

Menteri sahkan media sosial tidak ditutup

Menteri sahkan media sosial tidak ditutup
Muatnaik petikan menerusi Ahmad Shabery menjelaskan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai laporan media sosial yang akan ditutup menjelang Ogos akan datang.

 
SHAH ALAM – Menteri  Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  hari ini menyanggah khabar angin kerajaan akan menutup media sosial termasuk WhatsApp di negara ini.

Katanya seperti yang dipetik menerusi akaun mikro Twitter, masyarakat tidak perlu bimbang kerana ia hanya khabar angin yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Media sosial tidak akan ditutup. Jangan bimbang, Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain tidak akan ditutup.

“Jangan mudah percaya dengan khabar angin,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, heboh diperkatakan di dalam media sosial bahawa kerajaan akan menyekat semua jenis laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram dan lain-lain berkuat kuasa 1 Ogos.

Langkah tersebut  didakwa diambil untuk menghentikan sebaran fitnah secara berleluasa di negara ini.

Khabar angin tersebut mencetuskan panik di kalangan orang ramai, selain mengkritik kerajaan kerana mengambil langkah berkenaan.


Tiada ulasan: