Isnin, 13 Julai 2015

Mat Sabu umum tubuh Parti Politik Harapan Baru

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penubuhan parti politik baru yang bakal dianggotai pemimpin yang kecundang dalam pemilihan PAS, 4 Jun lalu.
 
Parti politik baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru atau 'Harapan Baru' itu dijangka akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat Baru (PRB).
 
Menurut Mohamad Sabu, parti tersebut akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir urus, pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. 
 
"Harapan baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam.
 
"Parti ini akan membantu ke arah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
 
Pengumuman yang dibuat Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu itu dibuat lebih awal berikutan beliau dan beberapa pemimpin G-18 sebelum ini memberitahu perkara itu hanya akan diuar-uarkan selepas Hari Raya Aidilfitri, 17 Julai ini.
 
G-18 adalah mewakili 18 bekas pemimpin kanan PAS yang gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti sebelum ini.
 
Kesemua mereka sebelum ini dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP dan PKR ketika majlis berbuka puasa di rumah bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, bagi membincangkan perihal penubuhan parti baru itu.
 
 

Tiada ulasan: