Selasa, 14 Julai 2015

Mahathir selar tindakan pada pembocor maklumat

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan menukar pendirian berhubung pendedah maklumat kerana kumpulan itu dilihat memberikan lebih banyak masalah padanya, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau membangkitkan gesaan kerajaan sebelum ini supaya golongan pendedah maklumat dilindungi kerana ia baik untuk masyarakat.

“Kemudian mereka bocorkan salah laku ketua kerajaan.

“Tiba-tiba apa yang dianggap betul menjadi salah. Pembocor maklumat mesti disiasat dan dihukum.

“Adakah mereka tahu mereka tidak boleh bocorkan maklumat tentang perdana menteri? Yang lain ya. Tetapi bukan perdana menteri,” katanya.

Mahathir merujuk kepada siasatan terhadap pembocoran maklumat kepada The Wall Street Journal, yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.


Tiada ulasan: