Khamis, 23 Julai 2015

KPN arah siasat Twitter ‘Republic of Sarawak’

sarawak
Twitter Republic of Sarawak
 
 
SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan pasukan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) segera mengesan pengendali akaun Twitter mengguna nama Republic of Sarawak’.

Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Twitternya, hari ini.

“PCIRC @PDRMsia kesan ‘tweet handle’ dibawah, siasat dan tahan di bawah Akta Hasutan,” tulisnya.

Paparan skrin itu menunjukkan pemilik akaun Republic of Sarawak itu menulis, ‘Keluar (dari Malaysia) bukan hak kamu, Melayu untuk tentukan. Ia bergantung pada kami orang Sarawak.”

Selain itu, akaun itu juga menulis, “kami pasti tidak akan hentikan kamu Melayu jika kamu putuskan untuk keluar.”


Tiada ulasan: