Sabtu, 11 Julai 2015

Keputusan kes saman Anwar terhadap Anifah ditangguh

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan kes saman malu RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. 
 
Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagi pihak Anifah.
 
Razlan memberitahu pemberita hakim menangguhkan keputusan itu selepas Shafee memohon untuk membuat hujahan lanjut berkaitan kes berkenaan.
 
Mahkamah menetapkan 30 Julai untuk hujahan.
 
Anwar memfailkan saman terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia pada 27 Mei 2009 dengan mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir mencemar imej beliau.  
 
Anwar menuduh Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia. 
 
Anwar juga mendakwa  kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing,  merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.
 
 

Tiada ulasan: