freemalaysiatoday.com
Sarawak Report mendakwa individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerkka bagi pihaknya.
PETALING JAYA: Sarawak Report (SR)
menafikan dakwaan bekas kakitangannya terbabit dalam video yang
mendedahkan kononnya portal itu bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan.
Ia juga mendedahkan individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerja untuk pihaknya.
“Kami terkejut bahawa dakwaan ini ditimbulkan.
“Cubaan mempersoalkan kredibiliti laporan memperlihatkan langkah terdesak,” petik portal itu.
Penafian itu dibuat susulan kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa mempunyai
video pengakuan bekas kakitangan SR.
Individu berkenaan mendakwa melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu
1MDB, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, anak
tiri Najib, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat
dengan 1MDB.
Susulan itu, Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung salah
laku pengendali laman SR dan penulisnya, Claire Rewcastle Brown.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan