Ahad, 12 Julai 2015

Kenyataan Pengerusi TH satu pembohongan-APANAMA

 
Selepas dua bulan, status penjualan hartanah yang dibeli TH dari 1MDB masih jadi tanda tanya


apanama-trx-TH



PETALING JAYA: Pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB diminta supaya turut menyiasat Lembaga Tabung Haji (TH).

Ia perlu dilakukan kerana sehingga kini urusan penjualannya masih menjadi tanda tanya dan keadaan itu menimbulkan kerisauan di kalangan pendeposit.

“Ingat, wang yang digunakan untuk ‘membeli’ tanah kerajaan dari 1MDB adalah wang pendeposit dan bukan-nya wang Tabung Haji, Kerajaan ataupun milik mana-mana pemimpin atau keluarga mereka.

Mungkin pihak task force yang menyiasat 1MDB juga harus memberi sedikit tumpuan khusus kepada isu Tabung Haji ini kerana ramai pendeposit sudah mula risau,” tulis blogger APANAMA.

Katanya lagi, mereka perlu tahu status pembelian hartanah di TRX yang dikatakan dengan 40 kali ganda dari 1MDB.

Soalnya lagi sekiranya tanah berkenaan dijual semula, TH perlu menyatakan keuntungan dan sekiranya masih belum dijual, ia perlu menyatakan alasannya.

Ekoran pendekatan kunci mulut Pengerusi Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, penulis blog APANAMA menyifatkan kenyataan yang dibuat sebelum ini satu pembohongan.

“Berikut Kenyataan Pengerusi Tabung Haji yang dibuat DUA BULAN lepas pada 9hb Mei 2015, berikutan nasihat Perdana Menteri, hanya PEMBOHONGAN?,” tulisnya.

Tiada ulasan: