PUTRAJAYA: Bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang
lain hari ini gagal untuk mengetepikan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS)
supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.
Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Palanivel, Naib
Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan serta bekas
Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao.
Dengan keputusan itu, arahan RoS dikekalkan.
Hakim Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan RoS
tidak bertindak di luar kuasanya apabila mengeluarkan arahan supaya
parti itu mengadakan pemilihan semula.
Keempat-empat mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15
Jun, yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan arahan
RoS.
Pada 5 Disember, RoS secara rasmi memaklumkan kepada MIC bahawa
pemilihan jawatan naib presiden dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat
(CWC) serta lapan pemilihan bahagian adalah batal dan tidak sah kerana
wujud penyelewengan dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan
semula bagi kerusi berkenaan dalam tempoh 90 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan