KUALA LUMPUR, Warga ibu kota digemparkan dengan gelagat seorang lelaki bogel berkeliaran di sekitar pusat membeli belah Sogo, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an berjalan tanpa pakaian menyebabkan orang ramai terkejut melihat gelagatnya.

Jurucakap polis berkata, lelaki tersebut dipercayai kurang siuman dan sering berada di lokasi berkenaan.
“Apabila tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut sudah tiada.

“Keadaan menjadi reda selepas ada di antara orang awam yang memberikan pakaian kepada lelaki itu,”katanya.

Menurutnya, tiada laporan polis yang dibuat namun pemeriksaan masih dijalankan bagi mengenal pasti lelaki itu.