Khamis, 16 Julai 2015

Jais minta solat sunat Aidilfitri diawal 15 minit jika jatuh pada Jumaat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta masjid dan surau di seluruh negeri ini melakukan solat sunat Aidilfitri 15 minit lebih awal sekiranya Aidilfitri jatuh pada Jumaat.
 
Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata ia perlu bermula 8.15 pagi berbanding kelaziman 8.30 pagi berikutan umat Islam akan turut menunaikan solat Jumaat.
 
"Ianya perlu diawalkan bagi membolehkan umat Islam menyambut Aidilfitri tanpa menjejaskan kewajipan menunaikan solat Jumaat dan membolehkan mereka mempunyai masa mencukupi untuk menziarahi sanak saudara," katanya dalam satu kenyataan.
 
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu semalam turut membuat keputusan untuk mempercepat solat Aidilfitri atas sebab serupa selain pihak masjid disaran memendekkan khutbah Jumaat.
 
 

Tiada ulasan: