Selasa, 14 Julai 2015

Husam sambut baik polis tangkap blogger Papagomo

 
Husam mendakwa sudah lama Papagomo menyebarkan berita palsu dan kemuncaknya pada Sabtu lalu. 


husam-musa_papagomo_600



PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengalu-alukan tindakan polis yang meminta blogger Papagomo ditangkap kerana menyebarkan maklumat palsu berhubung insiden pergaduhan di Low Yat.

Beliau mendakwa, sudah lama blogger terbabit menyiarkan laporan tidak benar dan kemuncaknya pada Sabtu lalu apabila dengan sengaja dia memutarbelitkan insiden itu.

Katanya, maklumat palsu blogger itu telah mencetuskan suasana panik dan kerisauan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Tindakan polis menahan blogger rasis itu sangat dialu-alukan. Baru hari ini polis menyedari bahaya yang ditimbulkan oleh mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Polis mengeluarkan arahan tangkap terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas gagal menyerah diri.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berharap, polis tidak selektif dalam membendung kesan daripada laporan palsu blogger itu.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan keamanan tanah air, saya rasa lega. Sekurang-kurangnya tidak ada laporan palsu lagi untuk ketika ini,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, selain Papagomo, beberapa individu lain turut dicari termasuk Ali Tinju yang telahpun ditahan kerana melakukan provokasi.

Tiada ulasan: