Sabtu, 11 Julai 2015

Honda Malaysia panggil balik 143,970 unit model

 
Ia sebagai langkah keselamatan selepas model tertentu dikesan mempunyai masalah pengepam beg udara.


honda21



PETALING JAYA: 143,970 unit model tertentu kereta Honda di negara ini dipanggil balik bagi menjalani semula pemeriksaan pengepam beg udara di bahagian hadapan pemandu.

Ia membabitkan model City (tahun pembuatan 2006-2012), Civic (2006-2011), Civic Hybrid (2007-2011) CR-V (2007-2011), Insight (2011-2012), Jazz (2009-2012) dan Stream (2007-2012).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Honda Malaysia, ia memaklukan penggantian akan dilakukan dengan percuma.

“Kerja penggantian itu akan dilakukan sebaik semua alat ganti tersedia, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” petik kenyataan itu.

Langkah itu dibuat selepas Honda Motor memanggil balik 4.5 juta kenderaannya di pasaran global apabila ia dikesan mempunyai masalah pengepam beg udara.


Tiada ulasan: