Sabtu, 11 Julai 2015

Helikopter Bomba digunakan pantau lalu lintas

SINAR HARIAN


Datuk Abdul Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
 
 
PETALING JAYA - Tujuh buah helikopter antara 1,000 kenderaan dan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digunakan bagi memantau keadaan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sempena Ops Raya tahun ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aset jabatan itu akan ditempatkan di 16 lokasi
yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan mulai hari ini hingga 23 Julai ini.

Selain helikopter, 123 buah motosikal daripada Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM), 197 unit jentera Light Fire Rescue Tander (LFRT) dan 400 unit jentera Fire Rescue Tander (FRT) akan turut digunakan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Raya jabatan itu di Puchong, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata antara lokasi siap sedia bomba ialah di Tol Juru, Pulau Pinang, Rawang, Selangor, Tol Senawang dan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Nilai,
Negeri Sembilan.    

"Kira-kira 9,100 daripada 13,000 pegawai dan anggota bomba akan bertugas secara bergilir sepanjang tempoh Ops Raya ini," katanya.

Sementara itu, anggota 277 buah balai bomba akan turut membuat rondaan di Jalan Persekutuan, Bandaran dan lain-lain jalan, katanya. - Bernama


Tiada ulasan: