MALAYSIAKINI
Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013.
MP Puchong dari DAP itu berkata dakwaan anak Hussain, Pascal Najadi
bahawa siasatan kes itu tidak lengkap, menimbulkan keraguan serius
terhadap kredibiliti polis Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.
"Ia juga mencetuskan keraguan terhadap maklum balas ketua polis negara tiga hari lalu, bahawa kes itu telah selesai.
“Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini bukan kali pertama kita
mendengar kes di mana terdapat aduan berkaitan perkara ini,” katanya
dalam kenyataannya hari ini.
“Kita ada, antara lain, kes Teoh Beng Hock walaupun penemuan jelas dan
syor Mahkamah Rayuan, tiada apa yang berlaku (tindakan) dan kes
Altantuuya Shaariibuu sehingga kini, persoalan yang masih kekal siapa
yang mengarahkan pembunuhan beliau dan mengapa," katanya lagi.
Semalam, Pascal mendakwa suspek dalam kes itu, Lim Yuen Soo sudah
kembali ke negara ini menggunakan nama samaran dan mempunyai hubungan
dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia..
Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan
didedahkan ketika bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui
Skype.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan