Gempa Bumi Kecil Di Ranau, Sabah
KUALA LUMPUR: Satu gempa
bumi kecil berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku pada pukul 10.38
malam Isnin di Ranau Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kenyataan jabatan itu menyebut, pusat gempa itu terletak di 6.1
darjah utara dan 116.7 darjah timur, kira-kira 327km di barat laut
Tarakan, Indonesia dan 11km di utara Ranau.
Gegaran juga dirasai di Ranau. Jabatan itu akan mengeluarkan maklumat tambahan mengenai gempa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan