Selasa, 21 Julai 2015

Empat sekeluarga antara lima parah kemalangan

Empat sekeluarga antara lima parah kemalangan
Keadaan dua daripada tiga kenderaan yang telibat dalam kemalangan.
 
 
KUANTAN - Empat sekeluarga antara lima yang parah selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di jalan pintasan Kuantan berhampiran Balok Baru di sini, pagi tadi.

Manakala seorang lagi pemandu hanya cedera ringan selepas kereta jenis Honda Civic dipandunya turut terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi itu.

Difahamkan, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Mohd Afendi  Abdul Aziz, 31, dan isteri Che Hasanah Che Kamaruddin, 28, bersama dua anak mereka berusia 2 setengah tahun dan bayi tujuh bulan dalam perjalanan pulang dari kampung di Felda Cheroi,
Kemaman menuju ke rumah mereka di Sungai Soi.

Manakala pemandu wanita kereta jenis Toyota Vios dipercayai memandu bersendirian dari arah Kuantan menghala ke pelabuhan.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat salah sebuah kenderaan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung.

Akibat kejadian, dua buah kenderaan terlibat remuk manakala pacuan empat roda dinaiki empat beranak tercampak ke dalam semak di tepi jalan laluan bertentangan.

Semua mangsa dihantar ke HTAA Kuantan untuk menerima rawatan lanjut.
 
 

Tiada ulasan: