MALAYSIAKINI
Dow Jones & Company, yang memiliki akhbar The Wall Street Journal,
memberitahu peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul
Razak agar menjelaskan kepada anak guamnya mengenai perbezaan antara
artikel berita dan pendapat.
Dow Jones berkata tidak perlu juga bagi WSJ untuk menjelaskan
pendiriannya mengenai laporan yang mendakwa sejumlah RM2.6 bilion dana
yang dikaitkan dengan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi
Najib.
Dalam surat peguam Dow Jones, memetik Najib meminta pengesahan WSJ sama
ada ia mempertahankan laporan yang mendakwa bahawa beliau
menyalahgunakan hampir AS$700 juta yang dimiliki oleh 1MDB.
"Kami percaya permintaan anda tidak perlu kerana artikel berita dan
pendapat bercakap bagi diri mereka sendiri," kata peguam Dow Jones dan
ketua pegawai pematuhan Jason P Conti menulis dalam suratnya kepada
peguam Najib.
Najib menghantar
surat kepada WSJ menuntut penerbitan ini bagi menjelaskan pendiriannya
mengenai laporan berita 2 Julai bertajuk "Malaysia leader's accounts
probed" dan pendapat pada 6 Julai bertajuk "Scandal in Malaysia".
Barisan peguam mahu WSJ untuk menjelaskan jika ia bermaksud dakwaan
RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun Najib datang dari 1MDB
atau sumber yang tidak diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan