MALAYSIAKINI
Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini
berkata, dia tidak terbabit dalam cubaan Tong Kooi Ong mengelirukan
bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo
bagi mendapatkan data berkaitan syarikat itu.
Dihubungi Malaysiakini, Clare berkata Tong membayangkan kepada Justo bahawa pemilik The Edge itu akan membuat bayaran.
"Tetapi apabila didapati mereka tidak membayar Justo, saya terpaksa
berdepan dengan kekecewaan dia (Justo). Saya tak mahu terbabit tetapi
menawarkan diri untuk cuba menyelesaikan masalah itu," katanya.
Bagaimanapun kata Clare dia gagal menjadi orang tengah dalam kemelut berkenaan.
Tong sebelum ini mengaku "mengelirukan" Justo dalam usaha memperoleh dokumen yang boleh mendedahkan "butiran meragukan" mengenai agensi tajaan kerajaan, 1MDB.
Petang tadi Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan menggantung dua akhbar cetak kumpulan media Tong - The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly - selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan