Jumaat, 24 Julai 2015

BNM cari Casey dan Jasmine bantu siasatan 1MDB

 
Mereka dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.


BANK-negara


PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mencari dua individu bagi membantu siasatan berhubung kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam status Facebook rasmi, BNM memuatkan gambar dua individu yang dicari itu iaitu Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan.

Kedua-duanya dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Alamat terakhir Casey Tang ialah di No. 112, Jalan 5/149G Taman Seri Endah, 57000 Kuala Lumpur.
Manakala Loo, 42, alamat terakhir 25, Jalan Seri Beringin 2, Damansara Heights, 50480 Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan individu ini boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 03-26988044 sambungan 8544/7610 atau boleh membuat laporan di balai polis berdekatan,” kata BNM.

Casey Tang merupakan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Bahagian Pembangunan Perniagaan secara kontrak tiga tahun berakhir Mac 2011 sebelum jawatan tersebut diambil alih Jasmine Loo yang sebelum itu di Bahagian Strategi.

Tiada ganjaran ditawarkan kepada pemberi maklumat.

Tiada ulasan: