PULAU PINANG- Ketika Aidilfitri hanya berbaki lagi lima hari, tempahan kuih bahulu masih tanpa henti, juadah hari raya sepanjang zaman yang bagaikan wajib dihidang setiap isi rumah.


Sejak beberapa minggu lalu, Norhana Mohd Noor, 42, telah menerima tempahan tidak lebih daripada 30,000 biji kuih bahulu dan dia menjangkakan lebih banyak menjelang hari raya.

Sejak 20 tahun lalu, apabila Raya kian hampir, Norhana sibuk menyiapkan tempahan bagi kuih bahulunya yang terkenal, resipi turun temurun daripada emaknya.

“Pada zaman emak saya dulu, tempahan tiba sehingga raya semakin hampir dan ketika itu hanya berharga RM12. Emak buat bahulu untuk jualan dan perlahan-lahan berkembang menjadi perniagaan dari rumah yang menguntungkan.

“Dulu, emak buat bahulu di dapurnya menggunakan dapur arang tetapi kini, kami sudah perluaskan, menggunakan mesin namun, masih mengekalkan resipi sama,” katanya ketika ditemui di kedai, Zana Bahulu di Mengkuang Titi.

Kata Norhana, populariti kuih bahulu ibunya menyebabkan beliau mempunyai pelanggang `turun temurun’ yang mewarisi tempahan daripada orang tua mereka dan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli bahulu di kedainya.
norhanabahulu650X360
Sebahagian ahli keluarga yang membantu proses membuat bahulu di dapur. Foto TRP/ Zalinah Noordin
“Kami juga ada pelanggang baru yang membeli terus dari kedai setiap hari. Namun, kebanyakan pelanggan kami adalah pelanggan tetap,” kata Norhana.

Dia mendedahkan rahsia menghasilkan bahulu cerah dan gebu adalah pada proses campurannya.

“Ini adalah bahagian paling membosankan apabila anda harus memastikan bahan-bahan dipukul dengan betul secara berterusan bagi mendapatkan tekstur yang dikehendaki.

“Satu lagi keistimewaan bahulu kami adalah dibakar segar setiap hari tanpa bahan pengaet tetapi jika disimpan baik, ia kekal sehingga beberapa minggu,” kata Norhana.

Untuk menghasilkan 30,000 biji bahulu setiap hari, 2,000 telur digunakan selain dua guna tepung dan lima guna gula dicampur dalam tiga penggaul besar, sebelum dibakar dalam enam pembakar.

Kata Norhana: “Kami turut membekalkan kuih bahulu kepada peniaga.”

Beliau mengendalikan kedainya sendiri bersama suami sambil dibantu ahli keluarga lain di bahagian dapur, bermula proses campuran bahan sehingga peringkat akhir, pembungkusan produk.

Dengan menawarkan harga RM9 sekotak membabitkan 30 biji bahulu, Zana Bahulu juga menyediakan perasa strawberi, coklat selain nenas berdasarkan permintaan.

Selain itu, kedainya turut menyediakan pelbagai biskut raya seperti tart nenas, biskut almond dan semperit.