Selasa, 21 Julai 2015

Bahaya guna WiFi percuma untuk perbankan dalam talian

 
Penggunaan WiFi percuma di tempat awam untuk urusan transaksi perbankan dalam talian memudahkan akaun bank digodam.


money-transfer_skmm_600



PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan kemudahan WiFi di tempat awam untuk melakukan sebarang urusan transaksi perbankan dalam talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Nurhalili Nadia Mustapha Kamal berkata, penggunaan WiFi percuma di tempat awam memudahkan akaun bank pengguna digodam.

“Lebih selamat guna talian sendiri kerana kita ada kata laluan dan hanya kita sahaja yang digunakan kemudahan itu.

“Tidak digalakkan guna WiFi awam kerana penggodam dengan mudah menggodam akaun bank kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nurhalili Nadia, berkata ramai pengguna laman sosial mempunyai tanggapan salah yang menganggap ia hak peribadi masing-masing dan mereka bebas untuk memuat naik apa sahaja yang diingini.

Tegasnya, laman sosial bukan diari peribadi memandangkan setiap apa yang dimuat naik dapat dilihat oleh pengguna lain.

“Ramai jadikan internet sebagai medium untuk bersosial dan berkomunikasi segala maklumat peribadi yang tidak sepatutnya.

“Hinggakan ada yang kemas kini status Facebook setiap masa, setiap inci pergerakan anak-anak di Instagram,” katanya lagi.

Beliau berkata tindakan itu boleh mengundang pelbagai masalah termasuk menjadi mangsa jenayah siber.

Tiada ulasan: